Malaysia

PH kalah PRK Sungai Bakap kerana peratus bukan Melayu keluar undi rendah – Rafizi

Kuala Lumpur, Julai 6 – Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (DUN) Sungai Bakap mencerminkan peratusan keluar mengundi orang bukan Melayu yang rendah, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Rafizi berkata analisis awal menunjukkan peratusan keluar mengundi Melayu berjumlah 70 peratus, manakala hanya 47 peratus pengundi Cina dan 58 peratus pengundi India yang mengundi hari ini.

“Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sg Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu,”katanya

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, terdapat sedikit peralihan pengundi Melayu di Sungai Bakap kali ini, namun keputusan masih dipengaruhi oleh calon pilihan pengundi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker