Malaysia

“Photoshoot” raya kenangan terakhir suami isteri sebelum terlibat kemalangan  

Pemilik studio fotografi terkejut apabila mengetahui pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung pada Selasa merupakan salah seorang pelanggannya.

Memetik laporan Astro AWANI, Mohamad Suhaimi Yahaya, pemilik studio itu mendedahkan mangsa baru sahaja selesai merakam gambar kenangan Aidilfitri di studionya di Baling.

Pasangan Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, hadir ke studio sekitar jam 11 pagi untuk sesi fotografi selama 20 minit dan mereka kelihatan teruja dan gembira.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 4.30 petang Selasa apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker