Pihak industri perlu lebih aktif dalam usaha memperkasa TVET – Fadillah Yusof
Kuala Lumpur, Nov 14 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyeru pihak industri supaya lebih aktif dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan bekerjasama erat bersama kerajaan.
Katanya,kolaborasi yang kukuh antara industri dan institusi TVET adalah penting bagi memastikan keseimbangan antara penawaran dan permintaan tenaga kerja dapat dicapai secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir 2024, yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
Sementara itu,Menteri Sumber Manusia,Steven Sim yang turut hadir berkata, aktiviti kemahiran yang diterajui oleh Majlis
Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) memainkan
peranan penting mempromosi TVET serta meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai peluang pekerjaan bagi
lepasan TVET.
Tambahnya, sebanyak 28 bidang kemahiran telah
dipertandingkan bagi kategori belia WSMB pada tahun ini,dan
pertandingan WSMB ini merupakan pertandingan kemahiran
peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun untuk
mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul.
Mengulas beliau berharap kerjasama dan komitmen
pelbagai pihak dapat diteruskan bagi memperkasakan tenaga kerja di Malaysia demi mencapai sebuah visi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.