Malaysia

PKR terima nota bantahan dari UMNO susulan kemasukan Tengku Zafrul

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan menerima nota bantahan daripada UMNO berhubung kemasukan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.

Perdana Menteri berkata perkara itu akan dirujuk kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat parti akan membincangkan isu tersebut hujung bulan ini.

UMNO pula menegaskan penghijrahan bekas ahlinya ke parti komponen Kerajaan Perpaduan boleh menjejaskan hubungan dalam gabungan itu.

Tengku Zafrul meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO pada 30 Mei lalu sebelum menyertai PKR. Pada 8 Ogos, beliau mengesahkan permohonannya diterima dan kini berdaftar sebagai ahli PKR Ampang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker