PLUS:21 ‘Smart Lane’ akan diaktifkan mulai Rabu ini, sempena perayaan Deepavali

Kuala Lumpur, Oct 29 – PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 21 lokasi smart lane sepanjang musim perayaan Deepavali bagi memudahkan pergerakan pengguna di kawasan yang kerap sesak trafik mulai Rabu ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Dasar dan Pembangunan Datuk Zahrul Hakim Abdullah berkata langkah itu sebagai tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.
Tempoh pembukaan lorong pintar bergantung kepada lokasi kerana untuk kawasan yang dalam keadaan gelap, ia diaktifkan hingga 10 malam.
Zahrul Hakim turut berkata bagi mengelakkan salah faham pengguna mengenai pengaktifan laluan tersebut, PLUS akan meletakkan papan tanda makluman di lokasi terlibat bagi mengelakkan insiden kemalangan terutama melibatkan motosikal.