Malaysia

PLUS:Pemandu treler temu ajal, 5 kenderaan turut terlibat,arah utara

Kuala Lumpur, Ogos 15 – Malang tidak berbau apabila seorang pemandu treler berusia 30 tahun bertemu ajal dalam kemalangan yang melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, Gopeng awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata,kemalangan itu membabitkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

“Tiga orang mangsa lain mengalami kecederaan ringan pada kenderaan Toyota Velfire setelah dilanggar dari belakang oleh lori satu tan yang membawa muatan telur,” katanya menerusia satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi turut ujar, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan maut oleh pihak perubatan, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker