Malaysia
PM Arah Nadma Perkemas Persediaan Hadapi Banjir
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memperkukuh penyelarasan agensi persekutuan dan negeri bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dari November hingga Mac.
Langkah ini memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir di enam negeri terjejas, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor, dan Perak.
“Setakat 9.32 pagi, 37,189 mangsa ditempatkan di 322 PPS, dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 30,582 mangsa,” kata Anwar di Dewan Rakyat.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nadma, dan semua pihak terlibat atas persiapan rapi tahun ini.