PM Terima Gred ‘D’ Daripada Bersih, Yakin Peningkatan di Masa Depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan Madani menerima gred ‘D’ daripada laporan pertengahan penggal Bersih, namun optimis ia akan bertambah baik pada masa hadapan.
“Bersih beri gred ‘D,’ lebih baik dari ‘F.’ Hari ini kita dapat ‘D’ seperti UPSR, esok kita boleh capai ‘A’ seperti SPM,” katanya di Dewan Rakyat pada 21 November.
Bersih sebelum ini memberikan gred rendah kepada pentadbiran Pakatan Harapan kerana kurang melaksanakan reformasi institusi yang dijanjikan, selain menempatkan Anwar di belakang dua bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam memenuhi janji reformasi.
Mengenai isu peruntukan kepada pembangkang, Anwar menegaskan kerajaan bersedia melaksanakannya melalui proses rundingan. Namun, katanya, pembangkang belum bersedia untuk berbincang, menyebabkan kelewatan dalam isu ini.
Beliau turut mencadangkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menjadi perantara bagi mempercepatkan persetujuan. “Jika persetujuan dicapai, peruntukan akan disalurkan segera,” katanya.