Malaysia

PMKS harus diberi penghargaan,penyumbang pembangunan ekonomi negara – Ramanan

Kuala Lumpur, Jun 6 – Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) harus diberi penghargaan atas sumbangan kerana berperanan menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.

Katanya, PMKS mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor yang memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2024 yang berlangsung di Ibu Kota, malam semalam.

Ramanan juga berkata,anugerah itu menilai prestasi syarikat tempatan dan mengkategorikannya mengikut kekuatan masing-masing, adalah penting dalam mempertingkat prestasi usahawan.

Tambah beliau, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut menyediakan pelbagai perkhidmatan yang lengkap bagi individu yang menceburi bidang keusahawanan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta TEKUN Nasional.

Sementara itu, Penasihat NiagaTimes Emir Abdul Jalal turut berkata anugerah itu bukan sahaja meraikan kecemerlangan syarikat PMKS dari pelbagai latar belakang malah menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker