Malaysia

PMX dipuji sebagai seorang yang telus dan praktikal – Ramanan

Kuala Lumpur, Ogos 8 – Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipuji dengan sifatnya yang telus dan praktikal.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang tidak berat sebelah dan sangat terbuka mengambil tindakan mengikut undang-undang tanpa mengira sesiapa jua.

Ramanan berkata sedemikian kepada pemberita selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV) antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan 10 syarikat Anchor baharu, di Kuala Lumpur hari ini.

MoU itu ditandatangani sebagai tanda kerjasama strategik antara kerajaan dengan syarikat utama seperti anchor bagi membolehkan pembekal Bumiputera menggunakan peluang itu untuk meningkatkan kebolehan, kepakaran bagi meneroka bidang-bidang yang tertentu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker