Malaysia
PMX lancar kilang pemasangan Proton di Mesir, kukuhkan kehadiran malaysia di pasaran global

Kuala Lumpur, Nov 13 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kilang pemasangan Proton di Kaherah, Mesir, sebagai langkah memperkukuh kehadiran Malaysia dalam pasaran automotif global, khususnya di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dalam ucapannya, Anwar menyatakan bahawa projek ini adalah sebahagian daripada visi ekonomi Malaysia untuk memperluaskan kerjasama antarabangsa.
Sementara itu, Pengerusi Proton Syed Faisal Albar menjelaskan bahawa kerjasama ini dijangka membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Mesir.
Mengulas pihaknya, turut berharap inisiatif ini dapat mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mesir.