Malaysia

PN bangga capai sasaran jumlah pengundi PRK Ayer Kuning, PH-BN gagal

Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan pencapaian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning selepas berjaya mengekalkan jumlah undi seperti yang diperoleh dalam pilihan raya lepas.

Sebaliknya, gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) gagal mencapai sasaran 18,000 undi seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kegagalan BN-PH bukan disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Sebaliknya disebabkan rakyat tidak lagi menyokong gabungan itu, termasuk dalam kalangan penyokong UMNO dan DAP.

Beliau turut menyatakan bahawa kebiasaannya calon kerajaan lebih berpeluang menang dalam PRK, namun keadaan itu berbeza dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker