PN yakin pengundi India tolak BN dalam PRK Ayer Kuning

Sehari sebelum menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perikatan Nasional dilihat yakin dengan perjalanan kempen yang berlangsung selama dua minggu.
Ini selepas Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, Datuk Sri Sanjeevan yang turun padang bagi melakukan ‘walkabout’ di kawasan pengundi menerima maklum balas positif dari kebanyakan pengundi India.
Katanya dalam satu kenyataan ringkas, beliau yang menyantuni penduduk dari sebuah rumah ke sebuah rumah menerima sambutan baik.
Sanjeevan juga percaya pengundi India yang melibatkan kira-kira 4,600 orang menyedari bahawa kerajaan pada hari ini tidak menepati janji dan dan mereka mahukan Perikatan Nasional mengambil alih semula kawasan itu.
PRK Ayer Kuning yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.