Malaysia

Pokok tumbang lagi, hempap 2 kereta, 5 termasuk 2 kanak-kanak selamat

Kuala Lumpur, Jun 4 – Malang tidak berbau apabila lima individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang semasa dalam perjalanan di Jalan Kapar Batu 6, Klang, Selangor hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar pihaknya digerakkan ke lokasi bagi melakukan operasi penyelamatan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.10 petang tadi.

Katanya, insiden itu melibatkan dua kereta, dengan sebuah daripadanya dinaiki sepasang suami isteri berumur 30 hingga 40 tahun bersama dua orang anak, manakala sebuah lagi dipandu wanita berumur lingkungan 40-an.

“Kesemua mereka berjaya diselamatkan termasuk dua kanak masing-masing lelaki dan perempuan terselamat, dan telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker