Uncategorized

Polis ambil keterangan bapa remaja bawah umur pandu kereta Viva di Puchong

KUALA LUMPUR – Polis telah ambil keterangan bapa kepada kanak-kanak bawah umur yang memandu kereta di Taman Putra Impian, Puchong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu telah memandu kereta jenis Perodua Viva bersama dua adiknya berumur empat dan enam tahun untuk bersiar-siar di taman perumahan sekitar jam 8 malam pada 28 Julai lalu.

Polis kemudian, berjaya mengesan pemilik kereta berkenaan dan meminta waris tampil ke balai polis untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Wan Kamarul Azran berkata, siastaan akan dijalankan di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, satu video tular memaparkan seorang remaja bawah umur memandu kereta dan diikuti oleh kedua-dua orang adik beradiknya di sekitar kawasan perumahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker