Polis Boleh Periksa Telefon dengan Sebab Munasabah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan polis berhak memeriksa telefon bimbit individu jika ada syak wasangka atau maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang. Kuasa ini berdasarkan Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Hanya pegawai berpangkat inspektor ke atas boleh menjalankan pemeriksaan, yang mesti dilakukan secara berhemah. Pemeriksaan tanpa waran dibenarkan jika terdapat risiko pemusnahan bukti, dan keengganan bekerjasama boleh menyebabkan penahanan.
Jika telefon mengandungi elemen jenayah seperti bahan lucah atau aplikasi judi, tindakan lanjut akan diambil mengikut undang-undang seperti Seksyen 292 Kanun Keseksaan atau Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Razarudin menegaskan pemeriksaan hanya dilakukan jika relevan dengan siasatan.