Malaysia

Polis bongkar ‘port scammer terbesar negara’ di Bangsar South, 400 ditahan

Polis membongkar kegiatan sindiket penipuan dalam talian terbesar di negara ini selepas menyerbu sebuah bangunan komersial di Bangsar South, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan serbuan dan penahanan itu berkata, seramai 400 individu termasuk warga asing dan wanita ditahan, dipercayai ahli sindiket yang menjadikan premis tersebut sebagai pusat panggilan.

Sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan berkenaan difahamkan menempatkan operasi perjudian serta penipuan dalam talian yang beroperasi secara besar-besaran.

Kesemua suspek dibawa secara berperingkat menggunakan tujuh kenderaan polis ke balai berhampiran bagi siasatan lanjut.

Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia selain menerima rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.

Pendedahan ini sekali gus menguatkan dakwaan bahawa sindiket berkenaan bergerak di bawah jenama korporat sebagai ‘topeng’ operasi penipuan terbesar di ibu negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker