Malaysia

Polis bongkar sindiket AMLA libatkan usahawan, peguam bergelar Datuk, rampasan RM3.17 bilion

ps Northern Star berjaya membongkar sindiket pelaburan tipu berskala mega melibatkan jumlah rampasan mencecah RM3.17 bilion.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), operasi yang dijalankan pada 20 Mac lalu itu telah membawa kepada penahanan lapan individu termasuk empat yang bergelar Dato’ yang mana dua daripadanya merupakan usahawan, manakala dua lagi peguam.

Kesemua mereka berusia antara 44 hingga 62 tahun dan kini direman sehingga tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Operasi dijayakan oleh Pasukan AMLA, Bukit Aman hasil kerjasama rentas negara susulan maklumat “red notice” daripada Interpol.

Sindiket ini dipercayai beroperasi menerusi skim pelaburan Ponzi dikenali sebagai ‘MBI’ yang berpusat di luar negara dan mensasarkan ribuan pelabur tempatan.

Antara aset yang dibekukan termasuklah 638 akaun bank dan saham berjumlah lebih RM1.16 bilion, 35 unit hartanah bernilai RM2 bilion,

10 buah kenderaan mewah, pelbagai jam tangan berjenama, wang tunai dalam pelbagai mata wang, serta dokumen dan barangan kemas bernilai tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker