Polis buka kertas siasatan, anggota MPV IPD Petaling Jaya tular disyaki merokok di restoran
Kuala Lumpur, Oct 9 – Polis telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang didakwa merokok di sebuah restoran dimana rakaman perbuatan mereka tular di media sosial.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya mengesan gambar itu menerusi aplikasi X oleh seorang pengguna dengan nama akaun ‘Dr Maslinda Si Derhaka’, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Menerusi hantara itu, gambar yang diperkongsikan itu memaparkan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Petaling Jaya disyaki sedang merokok di sebuah restoran.
“Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan disiplin.
Tindakan tegas akan diambil terhadap insiden itu,kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Merokok di kawasan awam membabitkan tempat makan adalah salah di sisi undang-undang yang berkuat kuasa sejak Januari 2019.