Polis buka kertas siasatan, video tular kanak-kanak diganggu lelaki di kawasan masjid SS15, Subang Jaya
Kuala Lumpur, Sept 13 – Polis buka kertas siasatan menyiasat kejadian kanak-kanak diganggu lelaki tempatan di kawasan masjid SS15, Subang Jaya pada 10 September lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya buka kertas siasatan dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2021, iaitu amang seksual terhadap kanak-kanak.
Terdahulu video tular itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali, dengan dakwaan kenyataan mangsa cuba diculik.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya.
Katanya, mangsa telah memberitahu kejadian tersebut kepada pengadu seorang wanita tempatan bahawa suspek telah memegang bahu mangsa dan menanyakan nama serta alamat rumah, namun mangsa terus melarikan diri ke dalam sekolah.
“Pada 11 September lalu, pengadu telah terima satu video dan gambar daripada ibu kenalan mangsa yang menunjukkan rakaman CCTV kejadian mangsa dipegang bahu oleh suspek,katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas Wan Azlan menasihati orang ramai supaya berwaspada memuat naik sebarang kenyataan media yang boleh mendatangkan kegusaran awam.