Malaysia
Polis buru 5 lelaki guna parang samun kedai di Sarikei
Kuala Lumpur, Oct 19 – Polis Sarikei sedang mengesan lima lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit sehingga menyebabkan kerugian lebih RM3,000 pada khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superintenden Aswandy Anis berkata, kejadian itu berlaku ketika seorang juruwang kedai didatangi lima lelaki bertopeng.
Katanya, salah seorang suspek meletakkan parang di leher mangsa serta menolak badan mangsa ke bawah meja.
Kelima-lima suspek telah menyamun dan mengambil pelbagai barangan sebelum melarikan diri menggunakan kereta jenis Honda.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi polis segera.