Malaysia

Polis buru wanita warga asing bawa lari anak daripada suami

Kuala Lumpur, Sept 17 – Polis sedang buru seorang wanita warga asing didakwa melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya telah mengesan kenyataan tular di media sosial tertera identiti dan gambar kanak-kanak yang didakwa diculik.

Susulan itu, pihaknya menerima laporan kejadian daripada suami wanita itu pada jam 4.23 petang, semalam.

Katanya,hasil siasatan awal mendapati, pengadu melapor, isterinya yang merupakan seorang warga asing melarikan anak mereka dan kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah.

Mengulas lanjut, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker