Malaysia
Polis cari pemandu Nissan Serena himpit Renault Kangoo hingga terbabas

Polis sedang mengesan pemandu Nissan Serena berwarna hitam yang dipercayai mengakibatan kemalangan di Kilometer 239.2 Lebuhraya Utara Selatan, Ayer Keroh-Senawang, pada 10.35 malam Sabtu.
Kemalangan berlaku apabila van jenis Renault Kangoo yang dipandu wanita 20 tahun terbabas selepas dihimpit oleh MPV yang tidak dikenal pasti.
Penumpang belakang van cedera dan dirawat di Hospital Rembau, sementara pemandu van dan penumpang hadapan tidak cedera.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan orang ramai diminta tampil dengan maklumat.