Malaysia

Polis: Dakwaan Penculikan di Kondominium Kajang Tidak Benar

Polis mengesahkan video tular di TikTok memaparkan wanita didakwa diculik di hadapan sebuah kondominium di Jalan Zamrud Utama, Kajang, semalam, adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai kejadian tersebut.

“Saksi mendengar pasangan itu menyatakan agar orang ramai tidak mencampuri urusan mereka suami isteri sebelum beredar. Berdasarkan maklumat setakat ini, polis menolak dakwaan ia adalah kes penculikan,” katanya.

Naazron menambah, polis sedang mengesan pemilik kenderaan dan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker