Dunia

Polis Dubai tumpaskan misi tiga lelaki curi berlian bernilai RM106 juta

Polis Dubai berjaya menangkap tiga pencuri, beberapa jam selepas mereka melarikan sebutir berlian merah jambu seberat 21.25 karat bernilai AS$25 juta (RM106 juta).

Kumpulan jenayah itu dipercayai merancang rompakan tersebut lebih setahun sebelum dengan antaranya menyamar sebagai ejen pembeli kaya, menyewa kereta mewah, dan mengadakan pertemuan di hotel mewah.

Pada hari kejadian, mereka berjumpa dengan pedagang berlian di sebuah vila dan di situlah rompakan berlangsung, sebelum mereka cuba meloloskan diri dengan berlian tersembunyi dalam peti sejuk mini.

Polis segera membentuk satu petugas khas dan menggunakan teknologi canggih untuk menjejaki ketiga-tiga suspek yang kemudian ditangkap dalam satu serbuan serentak.

Dalam tempoh lapan jam, tiga individu dari sebuah negara Asia yang tidak dinyatakan, telah ditahan hasil usaha pasukan khas dan lapangan serta dengan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker