Polis Jasin dengan bantuan TNB potong bekalan elektrik 5 premis judi haram
Kuala Lumpur, Oct 18 – Polis Jasin memotong bekalan elektrik le atas lima premis yanh menjalankan kegaitan perjudian haram di daerah itu dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi, pihaknya bertindak sebegitu bagi melumpuhkan aktiviti perjudian haram terutamanya melibatkan judi dalam talian.
“Berdasarkan risikan, dua premis disyaki menjalankan aktiviti loteri awam tanpa lesen dan tambah nilai judi dalam talian manakala tiga lagi premis menjalankan penjualan tambah nilai judi dalam talian.
“Kesemua premis berkenaan baru dibuka dan kali pertama digempur, selain terdapat beberapa tangkapan melibatkan individu yang menjalankan aktiviti perjudian itu dilakukan dalam serbuan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mengulas Ahmad Jamil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk terus menghubungi polis bagi tindakan lanjut.