Malaysia
Polis kenal pasti wanita tunjuk isyarat lucah semasa memandu

Polis sedang mengesan seorang wanita yang menunjukkan isyarat lucah kepada seorang remaja lelaki di Jalan Batu Kawa, Kuching.
Ketua Polis Daerah, Padawan Superintendan Mohd. Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang memandu kereta Myvi berwarna putih.
Beliau menambah, pihaknya juga telah menerima laporan daripada remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit pada Selasa.
Kejadian dikatakan berlaku disebabkan mangsa telah membunyikan hon kepada suspek.
Justeru, katanya kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.