Malaysia

Polis kesan penyebar video murid kejar kereta, anak disahkan selamat

Polis sedang mengesan individu yang memuat naik video dashcam memaparkan seorang murid mengejar kereta dipandu ibunya di Seri Kembangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, ibu bapa murid terbabit sudah diambil keterangan dan semakan mendapati kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

Kes tular sejak 20 Ogos itu berlaku ketika wanita berkenaan mengambil pasangan anak kembarnya dari sekolah sebelum menyedari seorang daripadanya tertinggal.

Susulan penularan video, wanita terbabit turut membuat laporan polis selepas menerima kecaman di media sosial.

Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik kandungan tanpa maklumat sahih.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker