Polis Melaka nafi pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara bukan dihalau

Kuala Lumpur, Sept 4 -Polis Melaka menafi dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa pemindahan IPD Melaka Tengah di Banda Hilir ke bangunan sementara di Batu Berendam kerana dihalau oleh kerajaan negeri.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata dakwaan itu dibuat menerusi satu video yang tular di media sosial oleh individu tidak bertanggungjawab dan adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej PDRM dan kerajaan negeri Melaka.
Katanya, usaha itu sebenarnya dilakukan bagi memastikan keselamatan warga PDRM serta menjamin keselesaan orang awam yang berurusan selain menunggu kelulusan pembinaan IPD Melaka Tengah baharu yang akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan Kelim.
Susulan itu, Datuk Zainol berkata satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap individu berkenaan.