Malaysia

Polis sahkan buka semula siasatan kematian pelajar tahfiz

Polis akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjelaskan pihaknya sudah berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan polis kata tiada masalah untuk buka balik kertas siasatan kerana ia sudah lengkap,

Pada Isnin lepas, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris menyerahkan surat kepada polis Bukit Aman.

Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar Tingkatan Empat ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas hasil bedah siasat mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker