Malaysia

Polis Siasat Abdul Hadi Awang Berhubung Isu Batu Puteh

Polis sedang menyiasat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berikutan kenyataannya berkaitan isu Batu Puteh yang didakwa boleh mencetuskan keresahan awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan siasatan dimulakan selepas laporan dibuat pada Isnin berhubung kenyataan yang dimuat naik di akaun X milik Abdul Hadi.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama.

Razarudin turut menambah bahawa Abdul Hadi akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Singapura memiliki kedaulatan ke atas Batu Puteh, manakala Middle Rocks milik Malaysia. Hak milik South Ledge pula akan ditentukan berdasarkan sempadan perairan wilayah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker