Malaysia

Polis siasat insiden kabel ERL dipotong, kerosakan cecah RM30,000

Polis membuka siasatan selepas kabel isyarat milik Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dipotong dalam kejadian pagi tadi, menyebabkan gangguan perkhidmatan di laluan Salak menghala ke KL Sentral.

Laporan polis dibuat pada jam 9.33 pagi oleh petugas keselamatan ERL selepas mengesan gangguan di Kilometer 48.5.

Siasatan mendapati kabel dipotong, namun tiada barang dilaporkan hilang sementara kerosakan dianggarkan sekitar RM30,000.

ERL dalam kenyataan memaklumkan kejadian menjejaskan operasi dan perkhidmatan pengantara disediakan antara Salak Tinggi dan Terminal 1 serta Terminal 2 KLIA bermula 6.20 pagi dengan kekerapan setiap 20 minit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 431A/447 Kanun Keseksaan. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kini dalam usaha mengesan suspek dan sedang menyiasat sama ada motif kejadian berpunca daripada cubaan mencuri atau perbuatan vandalisme.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker