Malaysia

Polis siasat kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat JAC

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kebocoran dokumen yang dipercayai minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan kes tersebut kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dengan fokus terhadap bagaimana maklumat berkenaan didedahkan dan disebarkan, sama ada dari sumber dalaman atau melalui platform digital.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis juga akan memanggil saksi-saksi relevan bagi membantu siasatan. Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia atau terperingkat.

Terdahulu, petikan dokumen yang dikatakan minit mesyuarat JAC bertarikh Mei mula tersebar di Reddit sebelum menular ke Facebook dan X.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker