Malaysia
Polis Siasat Pergaduhan di Restoran di Johor Bahru
Polis sedang menyiasat pergaduhan melibatkan seorang lelaki dan wanita di sebuah restoran di Stulang Baru, Johor yang tular di media sosial pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, insiden yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu belum dilaporkan kepada polis.
“Pihak kami sedang mengenal pasti individu, saksi, dan punca kejadian,” katanya sambil mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video insiden untuk mengelak salah faham.
Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat, lelaki berbaju merah dilihat memukul seorang wanita yang kemudian membalas dengan cuba menggunakan kerusi. Keadaan cuba ditenangkan oleh orang awam dan pemilik restoran.