Uncategorized
Polis siasat serangan anak Rafizi tiap sudut termasuk motif politik

Polis membuka kertas siasatan berhubung serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, daripada pelbagai sudut termasuk motif politik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan.
Ini kerana suspek menyerang dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Polis masih berusaha mengenal pasti dan mengesan suspek terlibat, tambahnya.
Siasatan juga dibuat di bawah undang-undang berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan kerana suspek melakukan sentuhan badan terhadap anak Rafizi yang berusia 12 tahun.