Malaysia

Polis siasat tatatertib anggota didakwa ajak wanita ke hotel

Bukit Aman membuka siasatan tatatertib terhadap seorang anggota polis yang didakwa mengajak seorang wanita bertemu dan mendaftar masuk ke hotel, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) memaklumkan siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas laporan dibuat oleh Ketua Balai Polis Pandan Indah pada Sabtu.

Selain kes jenayah, JIPS juga menyiasat aspek penyeliaan pegawai rendah polis terbabit. Pihak polis menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati wujud salah laku.

Kes berkenaan tular selepas seorang wanita memuat naik rakaman perbualan bersama anggota polis yang berunsur tidak senonoh di TikTok, sebelum ia dikongsi meluas di platform lain seperti Instagram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker