Malaysia

Polis sudah panggil 48 saksi bantu kes Pamela Ling

Polis telah memanggil 48 saksi termasuk empat pegawai SPRM bagi membantu siasatan kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, siasatan dijalankan secara menyeluruh dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain termasuk SPRM dan Jabatan Imigresen, yang turut membantu mengesan kenderaan dipercayai digunakan dalam kes tersebut di sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand.

Setiap laporan penculikan atau orang hilang disiasat mengikut SOP dan undang-undang. Statistik polis menunjukkan sembilan daripada 10 kes orang hilang berjaya ditemukan, sama ada hidup atau meninggal dunia.

Terdahulu, Pamela didakwa diculik selepas diminta hadir ke pejabat agensi SPRM bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker