Malaysia

Polis Tahan Pemuda dan Rampas 10 Motosikal Ketika Operasi Lumba Haram

Polis merampas 10 motosikal dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang menunggang secara berbahaya dalam operasi membanteras lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, berkata operasi dari jam 6.45 petang hingga 9 malam itu melibatkan penutupan laluan masuk dan keluar dari kawasan operasi, termasuk susur keluar Pelabuhan Pulau Pinang.

Polis memeriksa 90 motosikal dan 132 individu, serta mengeluarkan 111 saman atas pelbagai kesalahan trafik. Tindakan tegas diambil terhadap penunggang motosikal yang cuba melarikan diri secara agresif, termasuk melawan arus dan mengangkat motosikal melintasi pembahagi jalan.

Lelaki yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya, sementara motosikal yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker