Malaysia
Polis temu motorsikal Honda Wave 100 dilapor hilang 18 tahun lalu di Johor
Kuala Lumpur, Oct 16 – Selepas lebih sedekad, polis telah menemui sebuah motosikal Honda Wave 100 yang pernah dilapor hilang di Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 18 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, motosikal itu ditemukan oleh polis pada 12 Oktober lalu kira-kira jam 2 petang.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia 38 tahun disyaki terlibat dalam kes curi motosikal berkenaan.
Katanya, suspek dipercayai melakukan perkara itu secara sendirian dan tidak terbabit dengan mana-mana sindiket.
Tambah beliau, ada kemungkinan nombor pendaftaran dan casis motosikal yang hilang pada 2006 itu diklon, kini kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.