Malaysia

Polis terima laporan alas kaki dijual kepada orang ramai mempunyai gambar Kaabah, masjid di Pulau Pinang, 2 ditahan

Kuala Lumpur, Oct 7 – Polis telah menerima laporan alas kaki yang dibeli di Pasar Lebuh Cecil,Pulau Pinang ada gambar yang berupa Kaabah dan masjid.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Katanya, lelaki tersebut mendakwa melihat beberapa alas kaki mempunyai corak menyerupai imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

“Lelaki berkenaan membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis,susulan itu polis telah menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan ,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas beliau berkata permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Mohd Alwi turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak serta mengganggu siasatan polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker