Malaysia

Polis tumpas ‘ejen insurans’ rancang dan bunuh pencarum untuk dapat pampasan di Johor

Kuala Lumpur, Jun 25 – Polis berjaya tumpas sekumpulan sindiket yang menyamar sebagai ejen insurans dan membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa sebelum membunuhnya bagi mendapatkan tuntutan pampasan.

Menurut Ketua Polis Johor, CP M Kumar, sindiket berjaya ditumpaskan menerusi hasil siasatan kejadian bunuh terhadap seorang lelaki tempatan yang berusia 38 tahun di Kulai pada 6 Mei lalu.

Katanya,mangsa pada mula dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sebelum siasatan mendapati dia dibunuh oleh sindiket terbabit untuk mendapatkan tuntutan pampasan.

Beliau turut berkata sindiket merancang pembunuhan dengan kaedah seolah-olah mangsa meninggal dunia akibat terlibat kemalangan jalan raya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat.

Difahamkan sindiket mencari dan mendekati mangsa yang hidup sebatang kara dan kemudian sindiket akan mencarum insurans nyawa atas nama mangsa tanpa pengetahuannya dan suspek akan meletakkan nama orang kenalan suspek sebagai pewaris polisi insurans tersebut sebagai penerima pampasan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan empat daripada suspek telah dituduh di mahkamah majistret di Kulai pada 19 Jun lalu manakala empat lagi diberi bon jamin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker