Malaysia

Polis yang hidup mewah melebihi kemampuan akan dipantau – KPN

Kuala Lumpur, Oct 18 – Pihak polis yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan akan diselia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga akan melaksanakan ujian saringan kencing secara berkala bagi memastikan semua anggota polis bebas daripada dadah.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan susulan trend pembabitan pegawai dan anggota polis dalam salah laku jenayah, dadah dan disiplin dilihat semakin meruncing.

Razarudin berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, hari ini.

Beliau turut berkata tindakan tegas akan diambil terhadap polis terbabit dalam gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, mahu pun lain-lain kesalahan berkaitan.

Mengulas Razarudin mengingatkan, kepimpinan pada semua peringkat perlu memastikan aspek penyeliaan membabitkan semua pegawai polis di bawah seliaan masing-masing dilaksanakan dan dipantau rapat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker