Malaysia

Porsche milik selebriti wanita antara disita JPJ

Sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tempatan antara 101 kenderaan mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara sejak 1 Jun lalu.

Antara model lain yang turut ditahan termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, BMW 530e, Mercedes-Benz, Toyota Alphard dan Lotus Elise S.

Kesemua kenderaan tersebut disita atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen kenderaan motor dan insurans sah, lesen memandu tamat tempoh, penggunaan nombor pendaftaran palsu, serta penggunaan ‘trade plate’ tidak sah.

Kenderaan yang disita kini ditempatkan di depoh simpanan JPJ untuk siasatan lanjut. Op Luxury dijalankan bagi membendung sikap sambil lewa pemilik kenderaan mewah yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

JPJ menegaskan bahawa pemilikan kereta mewah tidak memberi keistimewaan untuk mengabaikan undang-undang yang terpakai kepada semua pihak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker