Kuala Lumpur, Oct 9 – Sempena Hari Pos Sedunia 2024, Pos Malaysia Berhad menyambut ulang tahun ini dengan tema
‘150 tahun memudahkan komunikasi dan memperkasakan
rakyat merentas sempadan’, yang diadakan di ibu pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.
Program ini dihadiri oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Timbalan menteri Komunikasi Teo Nie Ching, dan Pengerusi Pos Malaysia,Tan Sri Syed Faisal Albar, dengan mengetengahkan filem pendek baharu Pos Malaysia yang memaparkan kisah transformasi luar biasa syarikat itu sepanjang dua abad yang lalu untuk menjadi lebih daripada sekadar pejabat pos.
Fahmi turut megumumkan bahawa Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741) akan dipindahkan sejajar dengan perubahan dalam industri kurier dan pos mengikuti zaman terkini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Pos 2024.Mengulas beliau berkata, banyak perkara telah berlaku sejak tahun 2012 dan bakal berlaku menjelang 10 atau 20 tahun akan datang.
Susulan itu, pihak kerajaan akan meminda akta berkenaan supaya beberapa aspek dapat diteliti dalam mendepani arus masa yang kian hari mencabar.