PPR Kampung Muhibbah, Desa Rajang paling tinggi tunggakan sewa – DBKL

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah dan PPR Desa Rejang antara mencatatkan jumlah tunggakan tertinggi bagi bayaran sewa iaitu sebanyak RM1.9 juta dan RM1.28 juta.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan angka tersebut selepas tunggakan sewa bagi perumahan awam dan projek perumahan rakyat kini berjumlah RM70 juta keseluruhannya.
Malah, ada penyewa individu yang gagal membayar sewa sehingga 26 tahun, dengan tunggakan tertinggi mencecah RM39,140.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif memaklumkan kadar sewa ditetapkan adalah RM124 sebulan, tidak termasuk caj penyelenggaraan.
Antara tindakan susulan yang dipertimbangkan termasuk menyekat bekalan air, namun tindakan pengusiran agak sukar kerana kebanyakan penyewa tergolong dalam golongan B40.
DBKL juga akan memaklumkan lebih awal sebarang tindakan kepada penghuni terlibat bagi mengelak kejutan.