Malaysia
Pra-Ops Hari Raya kesan beberapa bas tidak selamat – Anthony Loke

Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam Pra-Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dari 17 Mac hingga Ahad.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemeriksaan teknikal dilakukan di terminal dan depoh bas seluruh negara bagi memastikan keselamatan kenderaan perkhidmatan awam.
Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil langkah proaktif melaksanakan operasi itu sebelum Operasi HRA 2025 yang akan bermula esok hingga 8 April ini.
JPJ mengesan 11 bas tidak selamat digunakan dan mengeluarkan notis larangan serta-merta sementara bas yang memenuhi piawaian diberikan slip pemeriksaan.
Sebagai langkah keselamatan tambahan, 2,500 anggota JPJ akan ditempatkan di lokasi kemalangan utama sepanjang musim perayaan.