Dunia
Prabowo bagi rumah untuk keluarga rider yang dilanggar polis

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menghadiahkan sebuah rumah di Bogor kepada keluarga mendiang Affan Kurniawan, penunggang teksi motosikal yang maut dilanggar kenderaan taktikal polis semasa perhimpunan di Jakarta Pusat.
Kunjungan itu dibuat ke kediaman keluarga Affan di Menteng, Jakarta Barat, malam Jumaat.
Penyerahan rumah baharu tersebut sebagai menunaikan impian arwah terhadap ibunya, dengan nama penama didaftarkan atas ibu beliau.
Affan, 22, disifatkan sebagai anak yang paling banyak berbakti dan sentiasa bekerja keras demi menyara keluarga.
Prabowo dalam pada itu mengarahkan siasatan menyeluruh, manakala Polis Indonesia mengesahkan tujuh anggota Brimob yang terlibat telah ditahan.