Malaysia

PRDM:Lelaki Myanmar ditahan, rogol kanak-kanak 10 tahun, 4 kali di hutan berhampiran Kampung Cheras

Kuala Lumpur, Ogos 2 – Seorang lelaki Myanmar, berusia 35 tahun, ditahan polis, dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di kawasan hutan berhampiran Kampung Cheras, Selangor pada 27 Julai lalu.

Menurut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, kejadian berlaku ketika kanak-kanak warga Myanmar itu, dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan kira-kira jam 8 malam.

Difahamkan, lelaki warga Myanmar yang juga kekasih kanak-kanak itu, kemudian bertindak membawa mangsa ke dalam hutan sebelum merogolnya empat kali.

Susulan kejadian itu, polis menahan lelaki warga Myanmar itu yang bekerja sebagai pengutip besi buruk di Cheras Baru pada 29 Julai lalu.

Mengulas lanjut, hasil ujian kencing didapati negatif dadah dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 29 Julai lalu hingga 4 Ogos depan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker