Dunia
Presiden Korea Selatan Akur Batalkan Pengisytiharan Undang-Undang Tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera beberapa jam selepas ia diumumkan, susulan usul Parlimen yang menentang langkah itu.
Dalam sidang Parlimen, 190 Ahli Parlimen sebulat suara meluluskan usul membatalkan pengisytiharan tersebut, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Yoon sebelum ini mendakwa pengisytiharan itu dibuat untuk melindungi negara daripada ancaman pembangkang yang dituduh merancang pemberontakan. Undang-undang tentera itu membolehkan sekatan kebebasan tertentu, termasuk kebebasan media dan perhimpunan.