Dunia

Presiden Korea Selatan sah dipecat akibat salah guna kuasa

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengesahkan pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol atas dakwaan melanggar perlembagaan dengan mengisytiharkan undang-undang tentera secara tidak sah.

Beliau digantung tugas selepas cuba menumbangkan pemerintahan awam pada 3 Disember lalu, termasuk mengerahkan askar ke Parlimen.

Yoon, 64, turut ditahan atas tuduhan pemberontakan dalam kes jenayah berasingan.

Keputusan sebulat suara oleh lapan hakim itu mencetuskan pilihan raya presiden baharu dalam tempoh 60 hari, dengan kawalan keselamatan diperketat susulan protes penyokong Yoon.

Yoon menjadi pemimpin Korea Selatan kedua yang disingkirkan oleh mahkamah selepas Park Geun-hye pada 2017.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker